Friday, December 24, 2010

Hana dah 3 bulan & stok EBM...

Cakkkk......


21 Disember 2010..

Alhamdulillah.. Hana dah 3 bulan.. Hana membesar dengan sihat. Hari ni checkup di klinik, timbang berat dah 6.3 kg.. Minggu lepas mencabar sikit sebab Hana sakit mata. Risau kami dibuatnya.. tapi, alhamdulillah.. dia dah sembuh.

Di usia Hana menjejaki 3 bulan.. alhamdulillah, saya masih breastfeed Hana sepenuhnya. Insyaallah saya akan breastfeed Hana sampai umurnya 2 tahun jika diizinNya.. Doa saya mudah-mudahan penghasilan/pengeluaran susu sentiasa memberangsangkan.. ehehehe



Foto di atas merupakan stok EBM yang ada setakat hari ini. Freezer kecik, stok EBM tak boleh buat banyak... Sekarang ni segala stok ikan, ayam, udang.. semua dah tak boleh beli banyak. Saya hadkan pada satu bekas tu jer (dalam gambar). Lenlain ruang adalah untuk stok EBM. Stok EBM semua saya letak dalam plastik Autumnz double zip-lock. Untuk jimatkan ruang, saya belajar dari gunit tAnyA, buat stail kurus-kurus camtu.., boleh jimat banyaaakk ruang. Sehari saya guna 3 stok EBM dan 4 fresh EBM untuk di hantar ke nursery. Hantar 7 botol (3/3.5 oz x 7 botol) semuanya.....dan selalunya Hana minum habis, cuma kadang-kadang tu adalah lebih 1 atau 2 botol.

Azam saya adalah untuk breastfeed Hana sehingga 2 tahun macam gunit Leha. Beliau dah dapat degree dah.. Syabas Pn. Leha. Sekarang, saya suka menjengah blog-blog ibu yang menyusukan anak diorg. Saya banyak belajar dari situ dan ianya juga banyak memberikan saya semangat, terutamanya bila tengok gambar stok EBM yang berlambak lagi melimpah ruah macam gunit Pinku. Moga Allah mempermudahkan kita semua untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun... amin...


2 comments:

Pinku No Neko @NitaAhmad said...

datang!!! wah saya diseru2 terus dtg wakakaa...caiTOK caiTOK rin!!!! gunit boleh!!!

hana bambam mcm adelin uwaaa..bebe tak minum byk pong...huhu..

azia rinne_rinn said...

pink. bebe tak minum banyak takper sb dia dah makan kan..
Best.. best tgk stok ebm pinku..buat saya bersemangat..
caitookkk untuk pinku jugek..