010111..
Tahun baru sudah menjelma.., bermakna menapaklah saya lagi selangkah ke alam 'dewasa'.. hehehe.. 010111.. Happy birthday to me.. Yer.., saya sudah tua.. huhu
Alhamdulillah.. Syukur, masih Diberi kesempatan untuk bernafas sehingga ke hari ini dalah usaha untuk menjadi hambaNya yang sempurna..
2010 Dalam Kenangan...
Tidak dinafikan, banyak peristiwa suka dan duka sepanjang tahun 2010.. Diawal tahun 2010 ini, saya dianugerahkan perkhabaran yang cukup gembira..iaitu keluarga kami akan bertambah bilangan ahlinya.... alhamdulillah.. Pengalaman pregnant kali ini amat berbeza, banyak dugaan yang saya tempuhi sehinggalah melahirkan.. tetapi, Syukur Alhamdulillah.., Allah Maha Kaya. Allah telah menganugerahkan saya seorang lagi puteri yang sangat comel di mata kami..
Sesungguhnya kehidupan kami sekeluarga bertambah bermakna pada tahun ini dengan kehadiran Hana Azzalea..
2011 Kini Menjelma..
Sesungguhnya, masih panjang perjalanan ini... Setinggi harapan moga segalanya Dipermudahkan Allah S.W.T.. Tiada apa yang diharapkan dalam kehidupan ini melainkan menjalani kehidupan yang bahagia disamping keluarga tersayang...suami, anak-anak, emak dan juga kakak-kakak tersayang...
Moga pada tahun baru ini kita semua Di murahkan rezeki, Dipanjangkan umur dan Dipermudahkan segalanya dalam menuju arah untuk menjadi hambaNya yang sempurna......
Amin.......
0 comments:
Post a Comment